Minggu Bahasa Malaysia

Minggu Bahasa Malaysia sedang berlangsung di Sk Bukit Garam dari 3 Mei hingga 7 Mei 2010. Pelbagai aktiviti yang telah dan bakal berlangsung sepanjang minggu ini antaranya Pertandingan Mendeklamasikan Sajak, Membaca Berita, Bercerita, Koir, dan sebagainya. Acara tahunan ini diharap dapat mempelbagaikan aktiviti murid disamping dapat mencungkil bakat para peserta dengan lebih berkesan. Tahniah kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan Program ini terutamanya kepada Pn Mariam Binti Hj. Basar; Ketua Panitia Bahasa Malaysia merangkap Penasihat Program Minggu Bahasa Malaysia. Semoga usaha murni ini diteruskan lagi di masa hadapan.

P/S: Seronok tengok budak2 ini dengan pelbagai aksi dan telatah. Caya la....yg penting korang dah cuba kan..

No comments:

Post a Comment