Sejarah


1970-1975


1976-1983

 
  
1984





2000-2010
 
           Pada tahun 1956 sebuah sekolah telah ditubuhkan di Lamag Kinabatangan dengan namanya Government Primary School ( GPS ). Dengan memiliki sebuah bilik darjah dan sebuah rumah guru. Pada masa itu Lamag merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan British.
           Pada Tahun 1967 selepas merdeka sekolah tersebut ditambah tiga bilik darjah dan tiga buah rumah guru. Oleh kerana Lamag sering dilanda air bah, terutama pada tahun 1960, 1963 dan tahun 1968 yang telah merosakkan bangunan sekolah tersebut kerana ianya memakan masa selama tiga bulan untuk surut.
           Akhirnya Government Primary School telah dipindahkan ke Kampung Bukit Garam pada tahun 1970 dengan menggunakan bangunan balai raya dan akhirnya ditukar nama kepada SRK BUKIT GARAM (sekarang SK. BUKIT GARAM). Selepas penggunaan balai raya itu, sekolah tersebut dipindahkan ke Bangunan Gerai Pekan Bukit Garam yang telah diluluskan oleh Majlis Luar Bandar pada tahun 1976 hingga 1983. Pada tahun 1994 bangunan konkrit telah siap dibina dan digunakan sehingga hari ini.