Sambutan Hari Raya Peringkat Sek. Keb. Bukit Garam, 2010

Sambutan    : Hari Raya Aidilfitri
Tarikh           : 05 Oktober 2010
Hari              : Selasa
Penglibatan   : Seluruh Warga Sekolah Kebangsaan Bukit Garam

Aktiviti:
1) Pertandingan Menganyam Ketupat
2) Pertandingan Nyanyian Lagu Hari Raya
3) Cabutan bertuah
4) Jamuan Hari Raya





Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,

           Seperti yang digambarkan di atas, Sekolah Kebangsaan Bukit Garam telah mewarnai lipatan kenangan dengan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah pada tahun 2010 ini. Walaupun Hari Raya hampir kepenamatnya di hujung bulan Syawal ini, namun seluruh warga sekolah bersemangat meraikan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah dengan penuh keceriaan. Di kesempatan ini juga, seluruh warga sekolah mengambil peluang untuk bermaaf-maafan di samping bersuka ria. Kesimpulannya, sambutan sebegini dapat mengeratkan silaturahim antara seluruh warga Sekolah Kebangsaan Bukit Garam dan diharap ianya dapat di teruskan di masa hadapan kelak.
                                                                                                        
                                                                                       Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada,
                                                                                        FASILITATOR SCHOOL NET
                                                                                        Sk. Bukit Garam
                                                                                        Kinabatangan
Bakat Mini Pra Sekolah Sempena Bulan Kemerdekaan

Pertandingan Kolaj

Tempat :Dewan Sk Bukit Garam 2
Penglibatan :Murid Pra Sekolah Seluruh Kinabatangan
Aktiviti : 1. Pertandingan Kolaj
             2. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
             3. Pertandingan Pakaian Beragam





Nyanyian Lagu Patriotik

Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, Pra Sekolah di seluruh Kinabatangan telah terlibat dalam menjayakan Program Bakat Mini yang diadakan di Sk. Bukit Garam 2 pada 05 Ogos 2010. Program ini melibatkan 13 buah pra sekolah di seluruh Kinabatangan.

Sambutan Hari Jadi Pra Sekolah


Selamat Hari Jadi Kepada semua kanak-kanak Pra Sk Bukit Garam. Mmmmm sedap kek blueberry tu...Kepada guru-guru pra yang bersusah payah menyambut majlis tersebut, syabas!!!!

Minggu Bahasa Malaysia

Minggu Bahasa Malaysia sedang berlangsung di Sk Bukit Garam dari 3 Mei hingga 7 Mei 2010. Pelbagai aktiviti yang telah dan bakal berlangsung sepanjang minggu ini antaranya Pertandingan Mendeklamasikan Sajak, Membaca Berita, Bercerita, Koir, dan sebagainya. Acara tahunan ini diharap dapat mempelbagaikan aktiviti murid disamping dapat mencungkil bakat para peserta dengan lebih berkesan. Tahniah kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan Program ini terutamanya kepada Pn Mariam Binti Hj. Basar; Ketua Panitia Bahasa Malaysia merangkap Penasihat Program Minggu Bahasa Malaysia. Semoga usaha murni ini diteruskan lagi di masa hadapan.

P/S: Seronok tengok budak2 ini dengan pelbagai aksi dan telatah. Caya la....yg penting korang dah cuba kan..

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah



Alhamdullillah.
Majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah yang diadakan d SK Bukit Garam berlangsung dengan meriah dan penuh kesyukuran. Para murid nampak nya seronok dengan pelbagai acara yang diadakan. Tahniah kepada semua peserta dan juga kepada semua guru yang terlibat menjayakan majlis. Untuk gambar2 sempena sambutan tersebut insyaalah saya akan muat turun d blog ini selepas cuti ok.
Akhir sekali, maaf d pinta bg setiap ketidaksempurnaan yg berlangsung semasa mjls d adakan.